Kaedah pengajaran yang saya gunakan dalam Pendidikan Seni Visual Tahun 3 adalah melalui Pendekatan Masteri dengan menggunakan teknik demonstrasi atau tunjukcara. Tajuk yang saya pilih dalam Pendidikan Seni Visual Tahun 3 adalah membuat tembikar dengan menggunakan plastisin. Dalam mengajar subjek ini, saya terlebih dahulu mengenalkan hasil warisan nenek moyang kita iaitu labu sayung. Saya menceritakan kepada murid-murid bagaimana terhasilnya hasil kraf tradisional ini dan kegunaannya pada masa dahulu dan kini. Selepas bersoal jawab dengan murid-murid, saya menunjukkan bagaimana membuat tembikar dan cara-cara menghias pasu yang dihasilkan. Saya menggalakkan murid-murid menghasilkan pasu dengan menggunakan idea kreativiti mereka sendiri. Murid-murid juga digalakkan memberi komen hasilan mereka selepas aktiviti dijalankan.