Rancangan Harian Matapelajaran Seni Visual Tahun 3
Tarikh/Hari : 13.04.2012/Jumaat
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tahun : 3 Setia
Bilangan murid : 32 orang
Bidang : Kraf Tradisional
Kegiatan : Membuat tembikar secara lingkaran dan picitan
Tajuk : Tembikar
Konsep utama : Aras 1: Murid menggunakan plastisin untuk
menghasilkan pelbagai bentuk tembikar.
Aras 2: Menguasai kemahiran psikomotor dan
memahami langkah-langkah menyediakan
tembikar.
Aras 3: Mereka corak dan motif yang mudah pada
tembikar.
Objektif Pembelajaran : Pada akir pengajaran, murid dapat;
a. memahami cara-cara membuat tembikar.
b. menyatakan jenis tembikar dan jenis teknik
ragam rias.
c. menghargai kraf tangan tradisional.
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat tembikar sebelum ini,
iaitu labu sayung dan temnbikar yang ada dijual
di pasaran.
Penerapan nilai : Meningkatkan daya kreativiti, sifat bekerjasama
dan menghargai warisan bangsa
Persediaan guru/ABM : labu sayung, plastisin, kertas lukisan(lapik).
Persediaan murid : plastisin pelbagai warna.
Rujukan: Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual kurikulum
bersepadu sekolah rendah (KBSR)
Perkara /masa | Isi kandungan | Aktiviti guru | Aktiviti murid | catatan (strategi, kaedah, ABM, nilai dan ilustrasi |
Set induksi (3 minit) | Mengenal kraf tradisional – labu sayung | 1. Guru menunjukkan labu sayung kepada murid dan menceritakan serba sedikit mengenai labu sayung . | 1. Murid menunjukkan minat dan bersoal jawab dengan labu sayung yang dipamerkan oleh guru. | ABM – labu sayung. Guru menerangkan asal usul tembikar dan fungsinya pada masa dahulu dan kini. |
Perkembangan Langkah 1 | Aras2. Menguasai kemahiran psikomotor dan memahami langkah-langkah menyediakan tembikar. Aras3. Mereka corak dan motif yang mudah pada tembikar. | 1. Guru menunjukkan cara membuat tembikar dengan menggunakan plastisin dengan teknik lingkaran dan picitan. 2. Guru menerangkan cara membuat tembikar. 3. Guru menunjukkan cara mereka corak pada tembikar dengan menggunakan lebihan plastisin yang digunakan. | 1. Murid melihat cara-cara membuat tembikar dan menerangkan daripada guru. | 1. ABM adalah plastisin kertas lukisan sebagai lapik untuk membuat tembikar. 2. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tunjukcara atau demonstrasi. |
Perkara /masa | Isi kandungan | Aktiviti guru | Aktiviti murid | catatan (strategi, kaedah, ABM, nilai dan ilustrasi |
Langkah 2 Membuat tembikar | Aras 1: Murid menggunakan plastisin untuk menghasilkan pelbagai bentuk tembikar. Aras 2: Menguasai kemahiran psikomotor dan memahami langkah-langkah menyediakan tembikar. Aras 3: Mereka corak dan motif yang mudah pada tembikar. | 1. Guru memberikan arahan untuk murid melakukan aktiviti membuat tembikar secara berkumpulan. 2. Guru meminta murid melakukan aktiviti secara berkerjasama bersama rakan kumpulan. 3. Guru memantau dan membantu kumpulan yang memerlukan bantuan. | 1. Murid dibahagikan dalam kumpulan ( 2 orang) dan bahan disediakan oleh guru (kertas, plastisin) 2. Murid membuat aktiviti secara berkumpulan seperti yang diarahkan oleh guru. 3. Kumpulan yang dibantu melihat cara membuat tembikar dan membuatnya sendiri. | Guru menggalakkan murid membuat tembikar dengan idea kreativiti sendiri. Tembikar yang dibuat oleh guru hanya sebagai bahan rujuk sahaja. |
Langkah 3 Mereka corak pada tembikar | Aras 3. Mereka corak dan motif yang mudah pada tembikar. | 1. Guru meminta membuat hiasan pada tembikar yang dihasilkan menggunakan lebihan plastisin yang digunakan. | 1. Murid membuat rekaan dan corak pada tembikar yang dihasilkan menggunakan lebihan plastisin yang digunakan. 2. Murid melakukan aktiviti secara bekerjasama. | Murid menghias tembikar dengan idea mereka sendiri. |
Perkara /masa | Isi kandungan | Aktiviti guru | Aktiviti murid | catatan (strategi, kaedah, ABM, nilai dan ilustrasi |
Penutup | Mempamerkan hasil kerja | 1. Guru meminta murid menunjukkan hasil kerja kepada rakan sekelas. 2. Guru meminta murid memberi komen kepada hasilan mereka. | 1. Murid mempamerkan hasilan kerja mereka di hadapan kelas 2. Murid memberi pendapat pada hasilan mereka. | Tembikar yang dihasilkan adalah hasil kreativiti murid sendiri. |