Followers

Tuesday 20 March 2012

SK ASSAM JAWA

SEJARAH SEKOLAH SK ASSAM JAWA
Pada awal penubuhannya, bangunan sekolah SK Assam Jawa merupakan sebuah bangunan yang amat sederhana. Struktur pembinaan bangunan pertama hanya berangka dan berdinding kayu serta beratap nipah dan dikendalikan oleh Public Work Deparment Selangor yang ditandatangani pada 20 Julai 1892 dan siap dibina sekitar bulan Disember tahun tersebut.
Terletak di Assam Jawa lebih kurang 5 kilometer dari Kuala Selangor , bangunan asalnya menempatkan sebuah pejabat dan dua bilik darjah. Pada 1931, sebuah lagi bangunan ditambah bagi menampung pelajar darjah 2, 3, dan 4 dengan tambahan 3 buah bilik darjah. Pada 1905 pula darjah 5 telah diperkenalkan dan darjah 6 dibuka pada 1932. Tahun 1952, Jabatan Pelajaran telah mewujudkan darjah khas Darjah 7, darjah tertinggi dalam sekolah Melayu ketika itu untuk murid yang lulus. Seramai 39 orang telah lulus darjah enam naik darjah khas. Lanjutan dari kecemerlangan itu, SKAJ telah dipilih sebagai sebuah sekolah menengah Melayu yang terawal di daerah Kuala Selangor dan penubuhan rasminya dilangsungkan pada 18 Februari 1960. Pada 1961 sekolah tersebut berpindah ke Kampung Kuantan.
Semasa perang dunia ke-2 ketika pemerintahan Jepun , sekolah ini telah ditutup. Pernah seorang pegawai Jepun bernama Tuan Sawamura memberi ucapan dalam satu majlis di sekolah ini. Sekali lagi sekolah ini telah ditutup ketika berlakunya peristiwa 13 Mei. Pada 1978 dan 1989, sekolah ini berubah wajah dengan terbinanya bangunan baru menggantikan bangunan lama yang telah uzur.
SK Assam Jawa merupakan sebuah sekolah yang tertua di daerah Kuala Selangor kini berusia lebih kurang 120 tahun kewujudannya. Sekolah ini telah memainkan peranan yang sangat bermakna dalam proses menentukan arah tuju dan perkembangan pendidikan serta pemikiran masyarakat setempat dan telah melahirkan beberapa tokoh pemimpin dan pendidik, ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan dan koporat yang disegani dan yang boleh dibanggakan.
Kini SK Assam Jawa telah dilengkapi dengan pelbagai pasarana bagi kemudahan warganegaranya. Terdiri daripada 5 buah blok bangunan dengan pelbagai kemudahan seperti surau, kuaters guru, bilik guru, kantin, makmal komputer, makmal sains, bilik-bilik ICT, pusat sumber, serta kemudahan bilik-bilik kemahiran yang lain. Kemudahan asrama untuk murid-murid juga disediakan dan sekolah ini merupakan satu-satu sekolah rendah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai kemudahan asrama di daerah ini.

4 comments:

  1. fuhh ...dahsyat blog ni ...o k la tuuu..ada gerak sana sini ...

    ReplyDelete
  2. penerangan tentang Sk Asam Jawa menarik perhatian saya. Selamat berjuang.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete